Seo Services

Kang Chol Belum Mohon Maaf: PM


KUALA LUMPUR: Malaysia akan menentukan tindakan susulan selepas pengusiran keluar Duta Korea Utara, Kang Chol dari negara ini," kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan tiada permohonan maaf diterima Malaysia setakat ini dari pihak kedutaan Korea Utara di sini dan Pyongyang.

"(Kita) akan menentukan tindakan dari satu peringkat ke satu peringkat. (Kerana) kita tidak menerima sebarang permohonan maaf dari mereka, " katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Najib berkata, perisytiharan persona non grata terhadap Kang Chol atas prinsip Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sesiapa yang datang ke sini perlu menghormati undang-undang negara ini.

"Kalau dia buat tuduhan tidak berasas maka dia kena minta maaf, namun dia enggan.

"Maka, berdasarkan prinsip, kita ambil tindakan untuk isytihar persona nan grata, ini bererti kita memang tegas dalam soal maruah dan kedaulatan. Tiada sesiapa tidak boleh menghina dan memperkotak-katikkan negara kita, " katanya.-BH

Kang Chol Belum Mohon Maaf: PM Kang Chol Belum Mohon Maaf: PM Reviewed by Unknown on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.