Seo Services

100 Hari Yang Berwawasan Dan Berani


Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dan berani dalam menerajui negeri Sarawak.

“Salah satu kekuatan beliau adalah hubungan baik dengan kerajaan pusat. Ini boleh dilihat melalui kejayaan beliau ke atas pemilikan sepenuhnya Empangan Bakun dan pengenalan kepada ekonomi digital.

“Visi beliau untuk mewujudkan ekonomi digital digital di Sarawak adalah satu tindakan yang bernas dan apabila ia dilaksanakan sepenuhnya kelak akan meletakkan Sarawak sebuah negeri maju di mata dunia,” katanya dipetik BorneoDigest

Uggah berkata sedemikian sebagai memberi ulasan sempena meraikan 100 hari Abang Johari menjadi Ketua Menteri menggantikan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Abang Johari telah membuktikan beliau berkeyakinan penuh meneruskan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Adenan malah beliau juga menunjukkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dengan dasar yang tersendiri.

Mengulas lanjut, merujuk kepada pembentukan Perbadanan Eksport Produk-produk Pertanian Sarawak yang diperkenalkan baru-baru ini, Uggah berkata ia adalah idea Abang Johari dimana tujuan utamanya adalah untuk mengubah kawasan luar bandar secara keseluruhan.

“Perbadanan eksport ini diperkenalkan bagi memastikan transformasi di kawasan pendalaman Sarawak melalui pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan petani luar bandar.

“Ia merupakan satu pendekatan yang baru bagi memastikan bantuan kerajaan sampai kepada petani kecil terutama di kawasan luar bandar,” kata Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.

Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa Abang Johari adalah Ketua Menteri untuk semua, bukan sahaja untuk semua kaum, tetapi juga penduduk bandar serta penduduk di kawasan luar bandar.

“Itulah sebabnya Abang Johari bertegas untuk melaksankan jaringan Internet tanpa wayar pada kelajuan lebih pantas untuk kawasan luar bandar.

“Ini adalah visi beliau untuk meningkatkan aktiviti pertanian dan meningkatkan enomoni luar bandar di samping mewujudkan satu generasi baru petani yang celik IT.

“Selain merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, ia juga adalah visi johari untuk merapatkan jurang pendapatan antara kedua-dua penempatan,” ujar Uggah yang juga merangkap pemangku Timbalan Presiden parti PBB. - Sarawakiana
100 Hari Yang Berwawasan Dan Berani 100 Hari Yang Berwawasan Dan Berani Reviewed by Unknown on April 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.