LOS ANGELES: Bekas bintang Brazil, Kaka mendahului senarai pemain yang mendapat bayaran tertinggi di Major League Soccer (MLS), Amerika Syarikat untuk tiga tahun berturut-turut.
Butiran terperinci gaji pokok dan pendapatan terjamin yang dikeluarkan oleh Kesatuan Pemain-pemain MLS menunjukkan Kaka dari kelab Orlando berada di tangga teratas dengan pendapatan berjumlah AS$7.168 juta (RM31.222 juta) setahun.
Pemain 35 tahun yang dinobatkan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2007 itu menyertai MLS pada tahun 2014 selepas kembali bersama AC Milan.
Sepuluh pemain dengan gaji tertinggi dalam MLS dikuasai oleh pemain asing, dengan Sebastian Giovinco dari Itali yang mewakili Toronto di tangga kedua dengan pendapatan berjumlah AS$7.116 (RM30.990 juta).
Gandingan pemain New York City, Andrea Pirlo (RM25.761 juta) dan David Villa (RM24.432 juta) di tangga keempat dan kelima.
Bekas bintang Jerman dan Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger yang baru menyertai Chicago Fire di tangga ketujuh dengan pendapatan sejumlah RM23.514 juta.
Di kelompok bawah, beberapa pemain MLS menerima gaji minimum AS$53,004 (RM230,808) setahun. - AFP
Kaka Raih Pendapatan Tertinggi di MLS
Reviewed by Azmin
on
April 26, 2017
Rating:
No comments: