Seo Services

'Bau' Kereta Baharu Membahayakan, Pemilik Sedut 10 Juta Partikel Toksik



LONDON: Sebuah firma di London baru-baru ini mendedahkan hasil kajian mengenai penghasilan kereta-kereta baharu yang didakwa gagal untuk menapis udara tercemar di dalam kenderaan.

Daily Mail melaporkan, untuk itu pemilik kereta tersebut dikatakan ‘terpaksa’ menyedut sehingga 10 juta partikel toksik setiap kali bernafas.

Firma berkenaan, Emission Analytics telah melakukan kajian tersebut yang membuktikan udara di dalam kereta baharu adalah 10 kali ganda mengan­dungi toksik berbanding udara luar.

Jurucakap Emission Analytics, Nick Molden berkata, perkara itu menyebabkan pemandu dan penumpang terdedah kepada toksik dengan dos yang besar jika pengudaraan di dalam kereta adalah rendah.

“Partikel-partikel itu cukup halus, sekecil 23 juta milimeter. Sudah tentu zarah ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tetapi apa yang pasti, untuk jangka masa panjang, ini akan membahayakan kesihatan pengguna kereta,” katanya.

Firma itu telah melakukan kajian selama empat jam dengan memandu dalam bandar dan luar bandar selain lebuh raya.

Jelas Molden, udara biasa mengandungi debunga, habuk dan mikrob berbanding dengan jelaga daripada enjin terutamanya enjin diesel.

Sementara itu, profesor dari Universiti Surrey, Prashant Kumar berkata, jika seseorang berhenti di lampu isyarat ketika jalan sesak dengan cermin kereta yang tertutup, racun tersebut akan menjadi lebih pekat.

Jurucakap Persatuan Pengeluar dan Perdagangan Kende­raan, Mike Hawes pula berkata, industri permotoran tidak menetapkan sebarang peraturan wajib berhubung kualiti udara dalam kenderaan ketika pembuatan sesebuah kereta.

“Tetapi ketika ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang dalam perbinca­ngan untuk memperkenalkan peraturan global mengenainya dalam masa terdekat,” tegasnya.

- Utusan Malaysia
'Bau' Kereta Baharu Membahayakan, Pemilik Sedut 10 Juta Partikel Toksik 'Bau' Kereta Baharu Membahayakan, Pemilik Sedut 10 Juta Partikel Toksik Reviewed by Unknown on April 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.