Ejek nama ibu bapa itu merupakan satu perkara yang sangat sensitif. Ekoran cerita mengenai Ammar Titan telah menghina nama bapa atlet pelumba lari negara, Watson Nyambek, Shiha Zikir pula tampil terpanggil meluahkan rasa isi hati di laman sosialnya.
“Bila terbaca pasal orang mempersendakan nama arwah bapa, saya pun tak terlepas dari terkena macam tu. Dari Shihar Mentor saya bertukar ke Shiha Zikir kerana saya nak nama arwah abah saya sentiasa dekat di hati dan sentiasa disebut2 oleh semua orang sebab arwahlah yang ajar saya nyanyi sejak umur 7 tahun & nak tengok saya jadi penyanyi yang berjaya.
“Macam2 beliau usahakan untuk pastikan saya dapat jadi penyanyi. Tapi itulah, kadang2 orang terlepas pandang..” Eh Shiha ni dah lah free hair tapi letak nama Zikir”, “hai kak, xnak berzikir ke hari ni”, dan macam2 lagi lah yang ada jugak pernah buatkan Shiha naik angin.
“Marah, kecewa semua ada sebab nama “Mohd.Zikir” tu ada lah seorang bapa yang diberikan nama sangat baik & dah tak ada dah kat dunia ni.
“Moral of the story: jangan mudah mempersendakan orang lain tanpa usul periksa dan pada pengacara tu saya yakin dia tak sengaja.. Kalau dia tahu takkanlah dia buat.. cuma kena lebih berhati-hati lepas ini,” jelasnya menerusi akaun Facebooknya.
Untuk info, Watson Nyambek merupakan seorang pelari pecut negara yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan oleh Khairul Hafiz Jantan yang melakukan dengan 10.18 saat pada Sukma Sarawak tahun lalu.
Selain Ammar, pihak penerbitan rancangan TV Sukan Tak Sentral, Primeworks Studio juga telah memohon maaf di atas ketelanjuran kata yang telah menyinggung perasaan Watson.
Pihak penerbitan juga telah memberi peringatan kepada semua kakitangan untuk lebih peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan.-tv14
Ejek Nama Bapa, Shiha Zikir Luah Isi Hatinya
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2017
Rating:
No comments: