Seo Services

‘Raja Bomoh’ jalani pemulihan akidah dalam masa terdekat


Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan memanggil Ibrahim Mat Zin dalam masa terdekat bagi sesi pemulihan akidah individu yang lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Unit Konsultasi Akidah di bawah Pejabat Mufti akan mengenal pasti kefahaman Ibrahim mengenai Islam sebelum memulakan sesi bimbangan kepada beliau.

“Pada peringkat pertama, kami akan cuba bertaaruf (berkenalan) dengan Ibrahim. Kita akan berbincang dengannya mengenai isu agama dan pada masa yang sama membimbing serta memberi tunjuk ajar.

“Selepas itu, kita akan menyusun secara terperinci bentuk kursus melalui satu modul yang khusus agar kita bukan saja menyampaikan tetapi menyemak setakat mana kefahaman keagamaannya.

“Mana yang kurang tepat, kita akan perbetulkan satu persatu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Semalam, Ibrahim, 66, yang sebelum ini dikenali dengan tindakannya menilik beberapa kejadian menggemparkan di negara ini, mengaku semua perkara dibuatnya itu tidak benar dan bertaubat.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Ibrahim berkelakuan baik selama enam bulan dan menjalani hukuman itu dengan bon jaminan oleh dua penjamin di bawah Pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Zulkifli berkata, pihaknya akan mengemukakan laporan mengenai perkembangan Ibrahim selepas tempoh enam bulan itu kepada mahkamah dan pihak berkaitan.-BNBBC
‘Raja Bomoh’ jalani pemulihan akidah dalam masa terdekat ‘Raja Bomoh’ jalani pemulihan akidah dalam masa terdekat Reviewed by Unknown on April 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.