PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menunggu laporan berhubung punca kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi di Hospital Sultan Ismail petang ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya akan mendapatkan laporan penuh mengenainya termasuk punca kematian secepat mungkin sebelum membuat sebarang kenyataan.
"Jika laporan penuh bedah siasat, mungkin ambil masa dua minggu tetapi punca secara kasar boleh diketahui dengan cepat," katanya kepada media di sini, hari ini.
Mohamad Thaqif yang dipotong kedua belah kakinya Jumaat lalu akibat jangkitan kuman meninggal dunia di HSI jam 2.05 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim.
Difahamkan, Allahyarham sepatutnya menjalani pembedahan memotong tangan kanannya pagi tadi kerana jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan kerana keadaan jantungnya yang tidak stabil.
Kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong sejak dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dua minggu lalu selepas didakwa disebat oleh seorang pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi itu.-BHOnline
Kes Mohamad Thaqif: Kementerian Kesihatan Tunggu Laporan
Reviewed by Unknown
on
April 26, 2017
Rating:
No comments: