JOHOR BAHRU: Polis menunggu laporan bedah siasat dan perubatan bagi menentukan langkah lanjut berikutan kematian pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, petang ini.
Ketua Polis Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata sehingga ini siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang tadi ketika mendapatkan rawatan di HSI, dekat sini selepas doktor menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya yang sepatutnya dilakukan hari ini kerana jantungnya tidak stabil.
Rahmat berkata polis juga akan mendapatkan laporan perubatan dari doktor pakar yang merawat Mohamad Thaqif Amin.
"Tempoh reman seorang pembantu madrasah tahfiz yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul murid berkenaan menggunakan paip getah turut dilanjutkan tiga hari bermula hari ini.
"Kita perlu mendapatkan kedua-dua laporan (perubatan) terbabit bagi mengetahui punca sebenar kematian sebelum polis bertindak seterusnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jumaat lalu, kedua-dua kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong selepas dimasukkan ke HSI dua minggu lalu kerana ada darah beku selepas didakwa disebat oleh seorang pembantu warden madrasah tahfiz.-BHOnline
Siasatan Masih Ikut Akta Kanak-Kanak 2010 : Polis
Reviewed by Unknown
on
April 26, 2017
Rating:
No comments: