Seo Services

Laporan bedah siasat Mohamad Thaqif Amin ambil masa dua minggu - Exco

foto BH

JOHOR BAHRU - Laporan bedah siasat kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi mungkin akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata, ini berikutan pihak hospital perlu meneliti terlebih dahulu bentuk masalah dan kesan fizikal yang ada pada tubuh jenazah.

"Akan ambil masa sikit, mungkin dalam masa dua minggu. Itupun,bergantung kepada kesediaan pihak hospital, polis dan sebagainya untuk mempercepatkan proses.

"Seperti yang disebut semalam, sebelum proses bedah siasat dilakukan, pihak doktor telah pun menemuramah ibu bapanya dan merujuk kepada doktor yang menjaganya tentang apakah rekod-rekod kesihatan yang ada," katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Program Promosi Kesihatan Pergigian dan Pelancaran Carta Flip Bahasa Isyarat Kesihatan Pergigian bagi golongan berkeperluan khas (pendengaran) peringkat negeri di sini hari ini. - Bernama


Laporan bedah siasat Mohamad Thaqif Amin ambil masa dua minggu - Exco Laporan bedah siasat Mohamad Thaqif Amin ambil masa dua minggu - Exco  Reviewed by Unknown on April 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.