MIRI: Polis yakin dapat menyelesaikan kes pecah masuk sebuah banglo yang mengakibatkan pemiliknya kerugian hampir setengah juta ringgit dengan tertangkapnya dua suspek berusia 30an di Kampug Lereng Bukit, malam tadi.
Ketua Polis Deerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, polis turut menjumpai semula dua kereta yang dicuri suspek di dua lokasi berasingan di bandar ini.
"Sebuah kereta berkenaan dijumpai di Kampung Lereng Bukit, manakala sebuah lagi di Pantai Kuala Baram. Kedua-dua kenderaan itu sudah dibawa ke balai polis Miri untuk siasatan lanjut," katanya hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dikenakan tahanan reman petang ini dan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian malam kelmarin, sebuah banglo di Jalan Heater 1, Pujut, dipecah masuk pencuri yang melarikan pelbagai barangan bernilai lebih RM400,000.
Turut dilarikan ialah kereta jenis Toyota Camry 2.0G berwarna kelabu dan Honda Civic 2.0S yang dijumpai semula.
Polis Yakin Selesai Kes Pecah Masuk Banglo
Reviewed by uMieySurianie
on
April 26, 2017
Rating:
No comments: