Seo Services

Rohingya: China Sedia Jadi Orang Tengah



DHAKA:  China bersedia membantu menyelesaikan pertikaian diplomatik antara Bangladesh dan Myanmar berhubung isu pelarian etnik minoriti Rohingya, lapor pegawai Kementerian Luar Bangladesh.

Lebih 69,000 penduduk Rohingya di Myanmar melarikan diri ke Bangladesh sejak Oktober tahun lalu, sekaligus mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara yang masing-masing menuding jari ke arah satu sama lain berhubung masalah pelarian etnik minoriti Islam tanpa kerakyatan itu.

Duta Khas China, Sun Guoxiang, yang megadakan lawatan empat hari ke Bangladesh menggesa Dhaka untuk menyelesaikan pertikaian dengan Myanmar secara dua hala sambil menegaskan bahawa Beijing bersedia untuk membantu dalam perkara itu.

Menurut seorang pegawai Kementerian Luar di Dhaka kepada agensi berita Reuters, Guoxiang membuat cadangan itu semasa mesyuarat dengan Setiausaha Luar Bangladesh ,Shahidul Haque.- REUTERS


Rohingya: China Sedia Jadi Orang Tengah Rohingya: China Sedia Jadi Orang Tengah Reviewed by Unknown on April 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.