BAGHDAD: Seorang kanak-kanak terpaksa melalui detik-detik memeritkan dalam kehidupannya selama dua tahun apabila dia diculik oleh kumpulan pengganas Daesh, hanya kerana namanya Messi.
Mail Online melaporkan, kanak-kanak berkenaan diculik bersama ibu dan kakaknya dari rumah mereka di Sinjar, utara Iraq pada 2014.
Ketika itu, Messi baru berusia tiga tahun dan Daesh sering kali menuntut wang tebusan daripada keluarga kanak-kanak terbabit, namun mereka tidak mampu membayarnya.
Messi bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kini tinggal di kem pelarian di Dohuk, Iraq.
Bapa Messi yang enggan dikenali memberitahu siaran stesen Kurdistan 24, dia telah menyuruh isterinya untuk menukarkan nama kanak-kanak tersebut kepada Hassan kerana khuatir kejadian sama akan menimpa kembali.
Ekoran trauma dengan insiden itu, Messi kini jarang bercakap dan sering memegang pistol mainan.
Malahan, menurut laporan Iraqi News, kanak-kanak berkenaan menggelengkan kepalanya ketika dia dipanggil Messi kerana masih fobia ekoran ‘penangan’ namanya serupa dengan pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi.
Tahun lalu, seorang kanak-kanak Afghanistan menarik perhatian dunia apabila memakai jersi diperbuat daripada beg plastik yang tertera nama Lionel Messi, dilukis dengan pen.
- Utusan Malaysia
Tukar Nama Anak 'Messi' Kepada Hassan Kerana Bimbang Diculik Lagi
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2017
Rating:
No comments: