Seo Services

Kedutaan Amerika Syarikat Ditutup Esok



KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini akan ditutup esok bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-241 negara itu yang turut dikenali sebagai 'Fourth of July'.

Semua perkhidmatan kedutaan termasuk temuduga visa, pemprosesan pasport Amerika dan perkhidmatan notarial akan bersambung semula pada Rabu, demikian menurut kenyataan akhbar kedutaan hari ini.

Untuk kecemasan selepas waktu pejabat, kedutaan boleh dihubungi di talian 03-2168 5000.

Pada setiap 4 Julai, rakyat Amerika di seluruh dunia akan meraikan penubuhan negara itu dan prinsip-prinsip asasnya berkaitan kehidupan, kebebasan dan hak-hak asasi. - Bernama



Kedutaan Amerika Syarikat Ditutup Esok Kedutaan Amerika Syarikat Ditutup Esok Reviewed by Unknown on July 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.