KUCHING: Enam buah sekolah di Baram, Sebauh dan Sibu terpaksa ditutup akibat dinaiki air banjir setakat pukul 10 pagi ini.
Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, penutupan kesemua sekolah tersebut melibatkan seramai 644 orang murid.
Kata JPBNS, antara sekolah yang terjejas itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei, SK Kuala Kebulu, SK Bukit Balai, SK Hang Kwang, SK Ng Assan dan SK Tanjung Latap.
"Sementara itu, terdapat 18 buah sekolah lain turut terjejas, namun sesi persekolahan tetap diteruskan.
"Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah seramai 1,772 orang," kata JPBNS dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE
6 Sekolah Di Sarawak Ditutup Akibat Banjir, 644 Murid Terjejas
Reviewed by Unknown
on
August 16, 2017
Rating:
No comments: