Seo Services

Saksi Minta Perlindungan Sebelum Ditemui Mati



JAKARTA – Saksi utama skandal rasuah projek kad pengenalan elektronik (e-ID) meminta perlindungan daripada Agensi Mangsa dan Saksi (LPSK) kurang dua minggu sebelum lelaki itu membunuh diri di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Pengerusi LPSK, Hasto Atmojoyo Suroyo berkata, Johannes Marliem yang juga seorang ahli perniagaan menghubungi agensi itu susulan satu wawancara dengan akhbar tempatan Koran Tempo.

Dalam wawancara itu, Johannes mendakwa dia mempunyai rakaman rundingan antara anggota Parlimen dengan pegawai kerajaan mengenai projek e-ID.

“Saya rasa dia takutkan sesuatu, seperti dia menerima ancaman. Malangnya, kami tidak dapat mengesahkan apa-apa sebelum dia ditemui mati.

“Pada 31 Julai, Johannes meminta untuk ditempatkan dalam program perlindungan saksi tetapi gagal memulangkan borang permohonan sebelum kematiannya,” katanya.

Jurucakap koroner daerah Los Angeles, Rayna Hernandez yang dipetik portal Los Angeles Daily News Sunday sebagai berkata, Johannes ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala.

Dia ditemui mati dipercayai membunuh diri pada Khamis lalu di kediamannya di Beverly Grove, Los Angeles.

Johannes dalam wawancara berkenaan mendakwa rakaman perbincangan itu membabitkan Speaker Dewan Perwakilan yang juga pengerusi parti Golkar, Setya Novanto.

Setya antara individu yang dinamakan suspek dalam kes berkenaan yang membabitkan penyelewengan berjumlah berbilion-bilion rupiah. – Agensi/myMetro Online
Saksi Minta Perlindungan Sebelum Ditemui Mati Saksi Minta Perlindungan Sebelum Ditemui Mati Reviewed by uMieySurianie on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.