Seo Services

Skuad Bola Jaring Lakar Kemenangan Kedua


KUALA LUMPUR: Pasukan bola jaring negara melakarkan kemenangan kedua dalam aksi kelayakan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) apabila membenam Brunei 64 - 27.

Pertandingan yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara itu menyaksikan Malaysia mudah menguasai suku pertama apabila mendahului dengan jaringan 18 berbalas 9.

Rentak permainan skuad negara bimbingan Tracey Robinson terus konsisten pada suku kedua apabila melebarkan penguasaan untuk mendahului perlawanan kepada 13 mata.

Memasuki babak ketiga, ketinggian yang dimiliki barisan pertahanan iaitu Siti Fatimah Mustafa yang beraksi di posisi GK (goal keeper) dan pemain GD (goal defend) Noramirah Dayan Noor Azhar GD nyata memberi kelebihan untuk mengawal kubu negara dan terus menguasai perlawanan 47-21.

Malaysia menamatkan perlawanan dengan jaringan 64-27.

Tugas getir bagaimanapun menanti skuad negara apabila turun pada perlawanan ketiga peringkat kelayakan menentang musuh tradisi Singapura pada jam 5.15 petang esok. - BHOnline
Skuad Bola Jaring Lakar Kemenangan Kedua Skuad Bola Jaring Lakar Kemenangan Kedua Reviewed by Azmin on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.