Superstar Real Madrid Cristiano Ronaldo lincah di padang tetapi bertukar menjadi deejay (DJ) sewaktu melancarkan produk minyak wangi terbarunya.
Minyak wangi dikenali CR7 Eau de Toilette (EdT) itu adalah produk ketiga dalam rangkaian perniagaan antarabangsa bintang Portugal itu.
Dijual pada harga pasaran £19 pound (RM105), set minyak wangi terbabit merangkumi gel mandian, deodoran dan penyegar nyaman selepas bercukur.
Malah Ronaldo sempat memanfaatkan masa cuti rehat antarabangsa dan kembali ke Madrid untuk berada pada majlis pelancaran rangkaian CR7.
Ronaldo meledak hatrik membantu Portugal menewaskan Faroe Islands 5-1 sebelum membantu Andre Silva menjaringkan gol menang 1-0 ke atas Hungary pada perlawanan kelayakan Piala Dunia.-Daily Mail
Bisnes 'Deejay' CR7 Semakin Wangi
Reviewed by Unknown
on
September 08, 2017
Rating:

No comments: