Seo Services

Isteri Perdana Menteri Israel Akan Didakwa Salah Guna Wang Awam



BAITULMAQDIS -- Isteri Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu akan didakwa kerana melakukan penipuan membabitkan barangan bernilai $115,000, lapor agensi berita China Xinhua.

Memetik laporan Channel 2 TV News, Peguam Negara Israel Avichai Mandleblit dijangka mengumumkan perkara itu hari ini.

Sara Netanyahu disiasat kerana melakukan pesanan serta tempahan barangan yang menimbulkan kesangsian apabila melaporkannya sebagai perbelanjaan awam dan bukan membayar secara peribadi.

Beliau menempah hidangan istimewa serta membeli perabot taman untuk vila keluarga Netanyahu di Caesarea, sebuah bandar kaya di tengah Israel dan mengisytiharkannya sebagai perbelanjaan awam.

Di samping itu, beliau turut disiasat kerana menggunakan seorang pegawai kediaman rasmi perdana menteri di Baitulmaqdis sebagai penjaga bapanya.

Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun menafikan laporan itu.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga sedang disiasat atas dua kesalahan rasuah.- BERNAMA
Isteri Perdana Menteri Israel Akan Didakwa Salah Guna Wang Awam Isteri Perdana Menteri Israel Akan Didakwa Salah Guna Wang Awam Reviewed by uMieySurianie on September 08, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.