KUCHING: Tindakan mengenakan cukai tambahan adalah tidak baik untuk industri pelancongan di negeri ini selain membebankan rakyat, demikian tegas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Rahman Karim Hamzah.
Menurut beliau, kerajaan negeri Sarawak tidak berhasrat untuk memperkenalkan cukap tambahan dalam sektor pelancongan sebagaimana yang dilakukan negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Sabah termasuk Langkawi.
"Setakat ini, kerajaan negeri tidak berhasrat mengenakan cukai tambahan lain seperti Cukai Bilik, Cukai Warisan dan sebagainya," katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Karim turut memberitahu bahawa apabila anda melihat bil yang mengandungi terlalu banyak cukai, ini sebenarnya bukan suatu yang baik untuk industri.
"Oleh itu, kita tidak mahu terus membebankan rakyat dengan pelbagai cukai seperti ini," tegasnya. - Sarawakiana.
Kerajaan Negeri Tiada Hasrat Perkenal Cukai Tambahan
Reviewed by Azmin
on
September 11, 2017
Rating:

No comments: