FLORIDA – Lebih 100 banduan mengambil kesempatan terhadap bencana alam dengan meloloskan diri selepas bangunan penjara di kepulauan British Virgin musnah akibat dibedil taufan Irma.
Lapor Sky News, kejadian itu melibatkan antara 100 dan 120 banduan.
Bagaimanapun, setakat ini, angka sebenar banduan yang melarikan diri belum dapat disahkan.
Taufan Kategori Lima itu mula membadai utara Florida pada Ahad.
Agensi cuaca taufan meramalkan kelajuan taufan Irma akan lebih menurun dalam tempoh 24 jam.
Di sekitar Atlantik, taufan Jose membadai kawasan itu dengan kelajuan 249 kilometer sejam (kph).
Sementara itu di Teluk Mexico pula, taufan Katia pada Kategori 1 mula bergerak pada kelajuan 120 kph. – MYNEWSHUB.CC
Taufan Irma ‘Bantu’ 100 Banduan Loloskan Diri
Reviewed by Unknown
on
September 11, 2017
Rating:

No comments: