Seo Services

Ahmad Zahid Sifatkan Lawatan Sebagai Luar Biasa


ISTANBUL - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan lawatannya ke Turki untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) dan mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai luar biasa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bukan sahaja pelbagai kejayaan dicapai dalam D-8 terutama dalam menyampaikan pendirian tegas Malaysia dalam beberapa isu antarabangsa terutama Rohingya tetapi yang lebih penting, hubungan rasmi dan peribadi antara Malaysia dan Turki semakin kukuh dan amat akrab.

Menurutnya, beliau amat gembira apabila D-8 di bawah kepemimpinan Turki akan kembali aktif apabila Erdogan menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara anggota, bersedia berkongsi pengalaman mereka serta prospek membuka keanggotaan kepada negara Islam yang lain.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Erdogan, Malaysia dan Turki bersetuju untuk menubuhkan kampus cawangan Universiti Ibn Haldun di Alor Setar, Kedah menerusi pengambilalihan Universiti Antarabangsa Al Bukhari.

''Erdogan sendiri dijangka merasmikan pembukaan cawangan universiti itu pada Januari depan dan pengambilan pelajar akan berdasarkan kepada nisbah 80 peratus pelajar asing dan 20 peratus pelajar Malaysia,'' katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Ahmad Zahid Sifatkan Lawatan Sebagai Luar Biasa Ahmad Zahid Sifatkan Lawatan Sebagai Luar Biasa Reviewed by Unknown on October 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.