Seo Services

Taufan Lan dijangka landa Okinawa Ahad ini


TOKYO : Okinawa dijangka menerima kedatangan Taufan Lan Ahad ini, sekali gus memaksa pengundian untuk pilihan raya umum Jepun dijalankan sehari lebih awal, di beberapa kawasan terpencil negeri itu.

Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata, taufan kategori 1, ketika ini berada di bahagian timur Filipina dan sedang menghala ke bahagian utara dengan jangkaan kelajuan 200 kilometer sejam (km/j) sebelum tiba di Okinawa.

"Hujan lebat dijangka melanda kepulauan Nansei di selatan Jepun, di bahagian barat Pasifik dan timur Jepun, bermula esok sehingga Isnin depan.

"Ada kemungkinan hujan yang sangat lebat melanda beberapa kawasan," kata kenyataan itu lagi.

Menurut laman web Risiko Ribut Tropika, kekuatan taufan Lan dijangka meningkat kepada kategori 3, tetapi kembali lemah ketika melintasi Tokyo, Isnin ini.

Justeru, pihak berkuasa tempatan di Okinawa mengambil keputusan meminda tarikh pengundian sehari lebih awal untuk beberapa kawasan terpencil di Okinawa. - Reuters
Taufan Lan dijangka landa Okinawa Ahad ini Taufan Lan dijangka landa Okinawa Ahad ini Reviewed by Unknown on October 20, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.