Trump berikrar untuk mengenakan sekatan lebih berat ke atas Korea Utara susulan ujian peluru berpandu terkini dilancarkan negara itu.
Dalam tweet terbaru yang dimuat naik hari ini, Trump menyatakan telah menghubungi Presiden China, Xi Jinping, bagi meraih perhatian berhubung tindakan Korea Utara itu.
"Sekatan tambahan akan dikenakan ke atas Korea Utara hari ini. Situasi ini akan segera ditangani," katanya.
Tidak dapat dipastikan sama ada sekatan berkenaan akan dilakukan bagi pihak Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) atau Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam perbualan bersama Jinping, Trump telah meminta Beijing untuk mengguna pakai semua saluran yang ada untuk mengenakan tekanan ke atas Korea Utara.
Pyongyang semalam melancarkan peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM) yang mampu terbang sehingga ke Washington.
Presiden AS itu mengancam untuk bertindak lebih keras terhadap Korea Utara jika negara Asia berkenaan berterusan mengancam mereka atau rakan sekutu lain menerusi pelaksanaan ujian ICBM. - AFP
AS-Korea Utara Kembali Tegang
Reviewed by Azmin
on
November 30, 2017
Rating:
No comments: