Seo Services

Isteri Robohkan Rumah Kerana Suami Curang


Kisah seorang wanita yang bekerja di luar Indonesia meruntuhkan rumahnya di kampung kerana suaminya curang membawa wanita lain tinggal di rumah berkenaan menjadi perbualan hangat di media sosial negara itu.

Menurut laporan Liputan6, wanita itu, Mimin Aremanita Formosa, dikatakan meruntuhkan rumah berkenaan yang dibina hasil pendapatannya bekerja di Taiwan selepas mengetahui suaminya membawa wanita lain tinggal di rumah mereka di Malang, Jawa Timur.

Namun, Mimin melalui Facebook menyatakan kecurangan suaminya bukan punca dia meruntuhkan rumah berkenaan.

Kerja-kerja meruntuhkan rumah itu dimulakan minggu lalu.

Walaupun mengesahkan suaminya curang, namun menurut Mimin, rumah berkenaan diruntuhkan berikutan berlaku perbalahan kerana rumah itu didirikan di atas tanah bekas mentuanya.

Mimin mahu menjual rumah itu namun keluarga bekas mentuanya membantah kerana dibina di atas tanah mereka dan mendakwa rumah berkenaan milik mereka.

Mimin kemudian mahu menyerahkan rumah itu kepada anaknya namun mengarahkan rumah itu dikosongkan tetapi bekas suaminya enggan.

Mimin kemudian meminta ganti rugi 75 juta rupiah (RM22,700) namun bekas suami dan keluarganya hanya mampu membayar 35 juta rupiah (RM10,600).

Berikutan itu, Mimin memutuskan rumah berkenaan dirobohkan bagi mengelak perbalahan berpanjangan.-Agensi
Isteri Robohkan Rumah Kerana Suami Curang Isteri Robohkan Rumah Kerana Suami Curang Reviewed by Unknown on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.