Seo Services

Sanggup Langgar Undang-Undang Kerana Cinta


Menjadi perkara biasa bagi orang dewasa untuk mendirikan rumah tangga apabila sampai ‘serunya’ untuk sehidup semati dengan pasangan.

Namun, ianya agak janggal apabila kanak-kanak yang melangsungkan pernikahan, bukan?

Begitulah yang terjadi baru-baru ini di Sulawesi Barat, Indonesia.

Tular di media-media sosial mengenai pasangan pelajar sekolah telah berkahwin kerana saling mencintai antara satu sama lain.

Perbuatan tersebut sekaligus telah melanggar Undang-Undang No. 1/1974 Tentang Perkahwinan (Undang-undang Indonesia).

Undang-undang tersebut menyatakan gadis di sana layak berkahwin pada usia 16 tahun, manakala 19 tahun bagi lelaki.

Namun, si suami iaitu Arling dan isterinya, Andiri masing-masing baharu berusia 16 tahun.

Dalam pada itu, pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAI), Susanto menyatakan akan menyiasat perkahwinan tersebut.

“Kami akan meneliti perkahwinan ini. Jika benar terjadi, ia sangat membimbangkan. Undang-undang telah menyatakan ibu bapa perlu menghalang perkahwinan anak-anak yang di bawah umur,” katanya kepada sebuah portal tempatan.

Tambahnya lagi, perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana perkahwinan bukanlah perkara mudah seperti yang digambarkan.

Menurut Pesuruhjaya KPAI, Jasra Purba, anak-anak di bawah umur tidak seharusnya berkahwin kerana mereka masih belum matang dan bersedia untuk menghadapi kehidupan selepas berkahwin.

“Apabila mereka berkahwin, kanak-kanak ini tidak bersedia untuk mengandung kerana secara fizikalnya mereka tidak matang. Mereka juga tidak bersedia dari segi ekonomi yang boleg menyebabkan banyak penceraian,” ujarnya.

Khabarnya, perkahwinan bagi pasangan bawah umur sering berlaku di sana walaupun pelaksanaan undang-undang telah dibuat. – MYNEWSHUB.CC
Sanggup Langgar Undang-Undang Kerana Cinta Sanggup Langgar Undang-Undang Kerana Cinta Reviewed by Unknown on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.