Sebanyak 92 ayam jantan yang dirampas polis Kemboja ketika operasi membanteras sabung ayam awal bulan ini, disembelih dan dimakan polis selepas mahkamah menjatuhkan ‘hukuman mati’ terhadap ayam terbabit.
Timbalan Ketua Polis Wilayah Kandal, Roeun Nara, mengesahkan ayam terbabit sudah disembelih semalam, selepas mendapat arahan mahkamah.
“Kami beri ayam itu kepada anggota polis untuk dimakan,” katanya.
AFP melihat dokumen mahkamah terbabit yang menyatakan penyembelihan ayan itu ‘bagi mengelak kesalahan berulang pada masa depan dan mempercepatkan proses siasatan’.
Polis yang menyerbu dua pusat sabung ayam berkenaan pada 4 Disember lalu, turut menahan Thai Pany iaitu anak saudara sebelah isteri Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Thai Phany yang memegang kerakyatan Kemboja dan Australia, didakwa menganjurkan operasi judi haram - tindakan yang dianggap janggal terhadap anggota keluarga Hun Sen yang amat berkuasa.
Namun, tindakan menyembelih ayam terbabit dikecam rakyat kerana haiwan terbabit dianggap menerima hukuman lebih berat berbanding manusia yang menyabung mereka.
Ramai yang ditahan dalam serbuan itu dibebaskan selepas dijatuhkan hukuman ringan tertangguh.
“Waran membunuh ayam? Mana pemilik ayam itu?” tulis Hing Soksan di Facebook.
Seorang lagi pengguna Facebook menulis: “Pencapaian terbaik mahkamah 2017: Hukuman mati untuk 92 ayam sabung.”-AFP
92 Ayam Sabung Dihukum Mati
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2017
Rating:
No comments: