Seo Services

Maharaja Akihito turun takhta 30 April 2019


TOKYO: Panel khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe bersetuju bahawa tarikh yang dirancangkan untuk Maharaja Akihito turun takhta adalah pada 30 April 2019, demikian lapor penyiar kebangsaan NHK.

Ia adalah pengunduran yang pertama seumpamanya oleh seorang Raja Jepun dalam tempoh dua abad.

Akihito, yang pernah menjalani pembedahan jantung dan rawatan untuk kanser prostat, berkata dalam satu ucapan yang jarang berlaku tahun lalu bahawa baginda bimbang usianya mungkin akan menyukarkan lagi pelaksanaan tugasnya.

Undang-undang yang diterima pakai pada Jun lalu membenarkan Akihito untuk berundur, tetapi masih menanti butir lengkap seperti tarikh untuk ditetapkan kemudian.

Baginda akan digantikan oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito. - Reuters
Maharaja Akihito turun takhta 30 April 2019 Maharaja Akihito turun takhta 30 April 2019 Reviewed by Azmin on December 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.