TOKYO: Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) stabil hari ini, selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar utama lain untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran dalam satu langkah yang dijangka bertujuan mengakhiri lambakan berterusan bekalan global.
OPEC dan pengeluar bukan OPEC diterajui oleh Russia semalam bersetuju mengekalkan pengurangan output sehingga akhir 2018, sambil turut membayangkan kemungkinan akan keluar awal dari perjanjian itu jika pasaran mengalami kemeruapan berlebihan.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) semalam turun dua cent kepada AS$57.38 satu tong pada 0057 GMT. Pada Khamis ia meningkat 10 cent atau 0.2 peratus kepada AS$57.40 setong.
Kontrak bagi November meningkat kira-kira 5.6 peratus, kenaikan untuk tiga bulan berturut-turut.
Pada sesi terdahulu, niaga hadapan minyak mentah Brent berakhir naik 46 cent atau 0.7 peratus kepada AS$63.57 setong.
Brent juga meningkat untuk tiga bulan berturut-turut pada November, naik kira-kira 3.6 peratus.
Penganalisis berkata, lanjutan sembilan bulan juga sudah diambil kira dalam kenaikan itu.
Perjanjian semasa mengurangkan 1.8 juta tong dari pasaran dalam usaha mengatasi lebihan bekalan dan mengukuhkan harga.
Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih, berkata adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai menarik diri daripada pengurangan sekurang-kurangnya untuk beberapa sukuan ketika dunia sedang memasuki musim sejuk yang mana permintaan adalah rendah.
Katanya, OPEC akan meneliti perkembangannya di mesyuarat seterusnya pada bulan Jun depan.
OPEC dan Russia bersama-sama menghasilkan lebih 40 peratus daripada minyak global. Kerjasama pertama antara Moscow dengan OPEC itu, hasil bantuan Presiden Vladimir Putin, sangat penting dalam mengurangkan lebihan stok minyak global sejak Januari.
OPEC menunjukkan 'komitmen yang kukuh untuk menormalkan inventori dan juga untuk bergantung kepada data, yang mengurangkan risiko kejutan akibat penawaran yang tidak dijangka dan stok berlebihan, kata Goldman Sachs dalam nota penyelidikan. - Reuters
OPEC setuju lanjutkan pengurangan output minyak
Reviewed by Azmin
on
December 01, 2017
Rating:
No comments: