Seo Services

Jadikan Sambutan Thaipusam Inspirasi Keamanan, Perpaduan Dan Kestabilan - Najib


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar sambutan Thaipusam tahun ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua masyarakat untuk terus hidup dalam suasana keamanan, perpaduan dan kestabilan.

Najib berkata sambutan perayaan oleh penganut Hindu itu diharap akan terus menjadi lambang semangat Negaraku serta kebersamaan menuju masa hadapan yang gemilang.

"Marilah kita bersama-sama menghayati semangat sambutan Thaipusam bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan yang beragama Hindu.

"Semoga semua masyarakat Hindu di Malaysia menyambut Thaipusam dengan penuh makna pada tahun ini," kata Najib menerusi video pendek bersempena sambutan Thaipusam yang dimuat naik di laman rasmi Twitter @NajibRazak.

Thaipusam disambut pada Rabu.- BERNAMA
Jadikan Sambutan Thaipusam Inspirasi Keamanan, Perpaduan Dan Kestabilan - Najib Jadikan Sambutan Thaipusam Inspirasi Keamanan, Perpaduan Dan Kestabilan - Najib Reviewed by Unknown on January 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.