![]() |
Gambar Hiasan |
KUCHING - Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam sistem pembentungan kumbahan sebuah pusat membeli-belah di sini petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Abang Junaidi Abang Anuar berkata mayat bayi itu dijumpai oleh pekerja semasa membersihkan tempat pembentungan tersebut.
"Mayat bayi itu ditemukan pekerja terbabit sekitar 5.35 petang. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berikutan penemuan tersebut," katanya ringkas ketika mengesahkan penemuan itu hari ini. - Bernama
Mayat bayi ditemui dalam sistem pembentungan kumbahan
Reviewed by Unknown
on
January 27, 2018
Rating:

No comments: