Usaha kerajaan menaik taraf kehidupan masyarakat India di negara ini tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat, sebaliknya proses berterusan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, dasar kerajaan BN ialah tidak akan menjanjikan sesuatu yang retorik semata-mata untuk meraih populariti.
“Apa yang kita mahukan ialah semua masyarakat India dapat menikmati hasil untuk jangka panjang. Usaha menaik taraf kehidupan golongan ini ialah satu usaha yang dibuat setiap masa serta konsisten.
“Ia bukannya percaturan politik seperti yang dimainkan pihak tertentu. Janji Kerajaan BN bukan omong kosong, tetapi adalah sebuah kenyataan,” katanya.
Najib berucap selepas mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Kuala Selangor sempena perayaan Thaipusam yang disambut di seluruh negara hari ini.
Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir ke Kuil Sri Subramniar Swamy di sini bagi memeriahkan sambutan sempena perayaan Tahipusam yang diraikan oleh penganut Hindu itu.
Terdahulu, ketibaan beliau pada jam 11 pagi tadi disambut kira-kira 5,000 penganut Hindu dari sekitar daerah berkenaan.
Turut hadir Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.
Pada masa sama, Najib turut mengajak masyarakat India bekerja bersamanya serta terus menyokong barisan kepemimpinan negara.
“Kita melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah dihadapi masyarakat India. Kita memahami kehendak masyarakat India,” kata Pengerusi BN itu. - BNBCC
Janji Kerajaan Bukan Retorik – Najib
Reviewed by Unknown
on
January 31, 2018
Rating:

No comments: