KANAK-KANAK lelaki mati selepas dibelasah ibunya dengan batang kayu selama lima jam gara-gara menghilangkan telefon bimbit ibunya di Beijing.
Mangsa berusia sembilan tahun itu yang dikenali sebagai Ming Ming, diikat pada kerusi dengan kain pembalut sebelum dipukul dari 6 petang hingga 11 malam, menurut laporan tempatan.
Mangsa ditemui paramedik dengan kecederaan serius pada seluruh badannya termasuk kepala dan muka sebelum disahkan mati di tempat kejadian.
Portal berita China, The Paper memuat naik rakaman kamera di tempat tinggal dua beranak itu di Huang Qiao di daerah Taizhou.
Rakaman menunjukkan Ming Ming melihat telefon bimbit itu ketika membawanya bersama apabila menaiki lif di rumahnya.
Pada 3 petang, dia dilihat sedang mencari telefon bimbit itu di taman dan sejam kemudian cuba mendapatkan bantuan di pejabat keselamatan.
Menurut pengawal keselamatan bertugas, Qian,Ming Ming memberitahunya dia menghilangkan telefon bimbit ketika bermain di kawasan salji.
“Telefon bimbit itu tiada kad sim dan agak sukar untuk dicari jika diliputi salji,” katanya.
Ibunnya, Chen yang berang sebaik mengetahui perkara itu kemudian memukulnya bertubi-tubi selain memberitahu hanya memberi anaknya minum sedikit air tetapi tidak memberi makan.
Sementara itu, Yangtze Evening Post melaporkan keadaan wanita itu kurang stabil selepas ditahan polis sambil mengatakan suaminya sering tiada di rumah dan tidak memberi wang.-Daily Mail
Maut 5 Jam Dibelasah Ibu
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2018
Rating:
No comments: