Pasti pelbagai soalan yang ingin diketahui mengenai kehidupan peribadi bintang filem dewasa. Mengapa mereka memilih pekerjaan itu dalam menyara hidup?
Adakah para pelakon filem dewasa ini mempunyai suami atau isteri? Adakah mereka menjalinkan hubungan cinta apabila di luar set penggambaran? Bagaimana dengan hubungan peribadi mereka?
Soalan-soalan seperti sering terlintas apabila melihat pelakon filem dewasa ini. Lagi-lagi apabila industri filem dewasa ini dipandang stigma oleh sesetengah masyarakat. Mereka melihat pasti tiada siapa mahu mendekati para pelakon. Pasti tiada siapa ingin bercinta dengan seseorang yang pernah melakonkan filem dewasa.
Pelbagai pandangan berlegar di fikiran sama para pelakon ini mempunyai penyakit berjangkit dan sebagainya. Tetapi jangan terperanjat terdapat di luar sana yang terbuka dan ingin menjalinkan hubungan dengan para bintang filem dewasa. Mereka merasakan sebagai suatu fantasi yang sering dibayangkan.
Menarik tentang seorang bintang filem dewasa ini apabila didapati hubungan cinta dengan seorang lelaki biasa. Thesun.co.uk telah menemubual seorang lelaki telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon wanita filem dewasa selama 4 tahun.
Pengakuannya ternyata sangat mengejutkan apabila melihat lelaki ini sangat terbuka dan menerima kekasihnya dengan terbuka. Malahan, hubungan cinta bertahan lama.
Mike Adkins, yang berumur 32 tahun telah menjalankan hubungan cinta selama 4 tahun dengan Allie Haze, seorang bintang filem dewasa di Amerika. Perkenalan mereka adalah bermula dari rakan rapat terdekat yang mengenalkan mereka.
Allie Haze, berumur 30 tahun telah melakonkan pelbagai adegan filem dewasa selama beberapa tahun dengan pelbagai pelakon lelaki dan wanita filem dewasa.
Mike mengatakan yang beliau tidak berasa takut dengan pekerjaan yang dilakukan oleh Allie. Malahan Mike juga tidak berasa cemburu melihat Allie mengadakan hubungan seks dengan lelaki dan wanita lain setiap hari di tempat kerja.
Pada hari ini, Mike dan Allie tinggal bersama di Las Vegas dan Allie masih terus menjalankan tugasnya sebagai bintang filem dewasa tersebut.
“Saya tidak pernah melihatnya sebagai seorang bintang filem dewasa semata-sama, saya melihat beliau sebagai seorang kekasihku pada hari ini“, kata Mike.
Mike juga mengatakan bahawa selama Allie bersama lelaki-lelaki lain, adalah hanya untuk bekerja dan tidak pernah jatuh cinta.
Kadang-kadang, Allie juga ditawarkan untuk melakukan beberapa adegan film yang membuatkan Mike berasa tidak selesa, namun Mike tidak mahu mencampuri urusan memandangkan itu adalah pekerjaan Allie.
Mike mengatakan, ” Pekerjaan Allie memang berbeza dari menjadi seorang penyambut tetamu atau sebagainya, tapi pada akhirnya anda tidak dapat memutuskan suatu hubungan hanya disebabkan oleh pekerjaan masing-masing.”
Pada mulanya mereka bercinta, Mike tidak tahu bahawa Allie merupakan seorang pelakon filem dewasa. Tetapi setelah mengetahuinya, Mike agak terkejut namun tidak berniat untuk memutuskan hubungan cinta tersebut.
Sepanjang bercinta, Mike juga berusaha untuk tidak menonton adegan yang dilakonkan oleh Allie.
Allie telah bekerja di industri filem dewasa selama lapan tahun, dan telah melakonkan lebih daripada 350 filem dewasa dan memenangi beberapa anugerah.
Allie turut mengatakan bahawa orang sering berkata-kata hubungan mereka berdua dan membayangkan kehidupan seksual mereka yang penuh gairah.
Namun, hakikat sebenarnya kehidupan mereka berdua tidak sama seperti apa yang Allie lakonkan di dalam filem-filemnya.
Pada masa yang sama, Allie juga harus menjalani ujian penyakit HIV setiap dua minggu sekali.
Mike mengaku bahawa beliau sering bimbang untuk memberitahu ibunya tentang pekerjaan yang dilakukan Allie dan tidak dapat membayangkan apa reaksi ibunya.
Namun akhirnya, Mike memberanikan diri menghubungi ibunya. Tidak disangka, jawapan ibunya sangat mengejutkan. Malahan ibu tidak memarahi dan berpesan agar Mike menjaga hubungan mereka dengan baik.-taikotai.tv
Pengakuan Berani Mati Seorang Lelaki Bercinta Dengan Bintang Filem Lucah
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2018
Rating:
No comments: