KUALA LUMPUR – Saham syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia dan sekutu jarak jauhnya, AirAsia X, meningkat pada sesi pagi hari ini.
Ini susulan siri tweet oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, yang membayangkan penyusunan semula laluan kedua-dua syarikat penerbangan itu.
Pada 11.03 pagi, saham AirAsia melonjak tujuh sen kepada RM3.84 dengan 3.82 juta saham bertukar tangan, manakala saham AirAsia X meningkat setengah sen kepada 38.5 sen dengan 7.47 juta saham didagangkan.
Fernandes dalam tweetnya berkata AirAsia akan memindahkan laluan yang membabitkan penerbangan lebih empat jam kepada AirAsia X memandangkan AirAsia sudah matang dan boleh menggunakan kapasiti untuk menawarkan laluan jarak pendek yang lebih menguntungkan.
“Imbangan pembayaran AirAsia X bagi permulaan suku keempat 2018, nampak bagus,” katanya.
Beliau juga berkata AirAsia X tidak berminat dalam pasaran jarak jauh seperti Berlin dan London, antara lain, memandangkan syarikat penerbangan itu berpendapat pasaran itu belum bersedia, dan akan terus kekal memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana.
– BERNAMA
Saham AirAsia, AirAsia X Meningkat Susulan Kemungkinan Penyusunan Semula Laluan
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2018
Rating:
No comments: