Seo Services

Sarang Tebuan Jadi ‘Hiasan’ Dalam Almari



KUALA PILAH – “Kami bagaikan tidak percaya kerana menemukan sarang tebuan sepanjang dua meter dengan lebar satu meter melekat di sebuah almari perhiasan,”kata Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarjan Majeran Lon.

Sepanjang bertugas sebagai anggota APM selama lebih 20 tahun, beliau pertama kali bertemu dengan sarang tebuan tanah berwarna hitam dan kuning bersaiz agar besar.

“Tebuan tanah ini dibina pada sebuah almari perhiasan milik seorang wanita, Roziana Norhaizi berusia 35 tahun di sebuah rumah Kampung Senaling.

“Pemilik itu, itu dikatakan tidak tinggal di rumah berkenaan sebaliknya berulang alik dari Seremban sebulan sekali bagi membersihkan rumahnya itu pada cuti hujung minggu.

“Namun dalam tempoh itu, dia tidak perasan ada sarang berkenaan sehinggalah ternampak beberapa ekor tebuan berterbangan di dalam rumah.

“Penghuni ingatkan itu tebuan sesat, tetapi apabila periksa di setiap sudut rumah, ternampak tanah melekat di almari dan nampak tebuan masuk ke dalam laci almari,” katanya.

Anggota APM menggunakan pakaian khas untuk mengelak disengat tebuan tanah.
Menurutnya, susulan penemuan tersebut, wanita itu bertindak menghubungi APM pada Ahad lalu dan tiga anggota ke lokasi tersebut.

“Bagaimanapun operasi kali pertama, kami tidak berjaya memusnahkan sarang berkenaan, disebabkan ribuan tebuan masih hidup.

“Kemudian, operasi kali kedua, diketuai oleh saya, telah pergi ke rumah itu pada jam 923 malam semalam (kelmarin) untuk memusnahkan sekali lagi sarang tersebut.

“Dengan menggunakan semburan racun, kerja-kerja pemusnahan mengambil masa 30 minit dan akhirnya ribuan tebuan termasuk larvanya dimusnahkan serta dibakar,” katanya.

Jelas Majeran, sarang itu sudah lama bertapak di almari selama tiga bulan namun tidak disedari oleh penghuni.

“Sengatan tebuan ini berbahaya kepada manusia dan anggota menggunakan pakaian khas sewaktu melakukan kerja-kerja tersebut untuk mengelak daripada disengat serangga berbisa tersebut,”katanya - SinarHarian
Sarang Tebuan Jadi ‘Hiasan’ Dalam Almari Sarang Tebuan Jadi ‘Hiasan’ Dalam Almari Reviewed by Unknown on January 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.