Seo Services

Remaja Ini Cipta Kenderaan Elektrik Kerana Bapa Susah Bagi Duit Minyak Kereta


Sejak umur 12 tahun, Adam Lansing, pemuda dari Texas, Amerika Syarikat sudah memendam hasrat untuk menghasilkan kenderaan elektrik dan enam tahun kemudian terciptalah karyanya dimuatkan didalam model Toyota Celica tahun 1980.

Segalanya bermula ketika Adam mendengar pertengkaran ketika abangnya cuba meminta wang mengisi minyak kereta daripada bapanya.

Semenjak itu, Adam berhasrat untuk tidak lagi bergantung kepada orang tuanya dan ingin mencipta kereta yang tidak menggunakan minyak.

Perjalanan mencipta kenderaan elektrik bukanlah mudah, tambahan pula beliau bukan dari keluarga kaya yang mampu melimpahkan dana untuk menyiapkan projek tersebut.

Nasibnya agak baik apabila rakan bapanya mengetahui hasrat beliau untuk membina kereta elektrik lalu menghadiahkan sebuah Toyota Celica tanpa enjin sebagai kerangka kepada kereta idamannya iti.

Adam menceritakan, beliau gagal lebih 50 kali percubaan pembinaan enjin elektrik dalam tempoh enam tahun.

Tambahnya, enjin ciptaannya mula berfungsi sewaktu beliau berusia 16 tahun namun ianya tidak tahan lama dan mati tidak lama kemudian

Ianya menjadikan Adam lebih obses dan menghabiskan 20 jam sehari untuk melerai dan memasang kembali bahagian enjin bagi mengenalpasti punca kepada kegagalannya.

“Banyak perkara yang membuatkan saya kecewa. Tetapi sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan teman wanita menguatkan semangat saya. Saya mesti capai matlamat ini,” kata Adam.

Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Pada usia 18 tahun dan ratusan jam dihabiskan, kereta elektrik Adam beroperasi dengan jayanya.

Mendapat tajaan daripada syarikat Core IV dan Plasma Boy Racing yang membekalkan pek bateri lithium iron phosphate 30kW, kereta adam boleh bergerak sejauh 209km dengan sekali caj.

Kini, beliau sudah menubuhkan syarikat sendiri memberi perkhidmatan menukar kenderaan berenjin petrol kepada kereta enjin elektrik.-Malaysian Digest
Remaja Ini Cipta Kenderaan Elektrik Kerana Bapa Susah Bagi Duit Minyak Kereta Remaja Ini Cipta Kenderaan Elektrik Kerana Bapa Susah Bagi Duit Minyak Kereta Reviewed by Unknown on February 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.