Seo Services

2 Warga Emas Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Sadong Jaya


KOTA SAMARAHAN: Malang menimpa dua lelaki warga emas apabila mereka menemui ajal dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasentren, Sadong Jaya Ulu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal, Bungkus Jati, 68, dan pejalan kaki,Amat Nasip Madenasti, 64.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Perodua Viva, Perodua Kancil, motosikal jenis Honda dan pejalan kaki.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah Perodua Viva yang datang dari Sadong Jaya menuju ke arah SMK Pasentren tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa di laluan sama.

"Impak rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar seorang pejalan kaki di bahu jalan berkenaan.

"Kedua-dua mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah Perodua Kancil yang kebetulan bergerak di laluan bertentangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson menambah, kesan perlanggaran itu telah mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan mereka sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Katanya, pihak polis sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pemandu kereta berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Mayat mangsa sudah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat pada pukul 2 petang ini.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya lagi. - K! ONLINE
2 Warga Emas Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Sadong Jaya 2 Warga Emas Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Sadong Jaya Reviewed by Unknown on March 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.