Seo Services

'Anu Bengkak 'Sangkut' Botol Air Mineral'


Lelaki warga emas, 73, terpaksa menahan kesakitan lebih tiga jam selepas kemaluannya tersangkut pada ‘muncung’ botol air mineral dalam kejadian di Sibu, hari ini.

Difahamkan, mangsa terpaksa dihantar ke hospital selepas usaha mengeluarkan kemaluannya dari botol itu gagal hingga menyebabkannya membengkak.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Misran Bisara ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.21 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dikejarkan ke hospital bagi membantu memotong botol berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Difahamkan, warga emas itu memasang botol mineral berkenaan pada kemaluannya malam tadi, namun kemaluannya membengkak dan tidak dapat menanggalkan botol berkenaan sebaik bangun dari tidur pagi tadi,” katanya.

Katanya, kemaluan mangsa dipercayai membengkak disebabkan aliran darah yang tersekat selepas mangsa memasang botol berkenaan pada kemaluannya.

“Kita menggunakan peralatan khas bagi memotong 'cincin' berkenaan dan operasi itu mengambil masa beberapa minit sahaja kerana kepala botol berkenaan diperbuat dari plastik.

“Namun, kita tetap mengambil langkah berhati-hati kerana ia membabitkan anggota badan yang sensitif,” katanya.-myMetro

'Anu Bengkak 'Sangkut' Botol Air Mineral' 'Anu Bengkak 'Sangkut' Botol Air Mineral' Reviewed by Unknown on March 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.