Seo Services

Barbie Punya Pasal, Sanggup Keluarkan Wang Besarkan Mata


Seorang wanita yang mengaku dirinya adalah `patung manusia’ sanggup membelanjakan RM15,600 semata-mata untuk melakukan pembedahan membesarkan kelopak mata bagi menjadikan dirinya Barbie.

Ophelia Vanity, 30, dari Los Angeles, merupakan campuran Cina dan barat. Disebabkan matanya agak sepet maka dia mahu membesarkan mata untuk kelihatan seperti idolanya iaitu anak patung itu.

“Saya sering dibuli dan diusik kerana mata saya ini jadi saya berharap dengan pembedahan itu, ia akan memberikan saya lebih keyakinan,’’ katanya.

Selain itu, dia juga menyuntik botok setiap bulan serta mewarnakan rambut supaya kelihatan perang.

Disebalik tindakan drastik yang dilakukan itu, dia masih belum berpuas hati dan mahu membesarkan payudaranya dan bercadang untuk membuang empat ke enam tulang rusuk bagi mendapatkan pinggang yang kecil.

“Saya rasa Barbie sangat ikonik. Saya cuba untuk tidak menjadi rasis tapi saya mahu kelihatan seperti Barbie,’’ katanya.

Sementara teman lelakinya, Justin Sterling pula berkata, Ophelia unik namun dia melihat wanita itu menjadi ketagih kepada pembedahan. – MYNEWSHUB.CC
Barbie Punya Pasal, Sanggup Keluarkan Wang Besarkan Mata Barbie Punya Pasal, Sanggup Keluarkan Wang Besarkan Mata Reviewed by Unknown on March 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.