Seo Services

Pengaruh Rihanna Jejas Saham Snapchat



NEW YORK: Penyanyi Rihanna, semalam mengecam aplikasi mesej multimedia popular, Snapchat, selepas menyiarkan iklan yang memandang ringan kes beliau dipukul bekas teman lelakinya, Chris Brown.

Tindakan bintang pop berkenaan menyebabkan harga saham syarikat itu jatuh.

Landasan media sosial itu, yang mempunyai 187 juta pengguna, terutama golongan muda segera tertarik dengan siaran yang memaparkan iklan bagi 'Siapa Pilihan Anda?', aplikasi permainan yang kadang-kadang bertanyakan soalan provokatif.

Iklan menunjukkan kedua-dua penyanyi dan meminta pengguna Snapchat sama ada mereka mahu 'menampar Rihanna' atau 'menumbuk Chris Brown'.

Syarikat terbabit menarik balik iklan itu dan meminta maaf tetapi Rihanna menggunakan saingan Snapchat, Instagram untuk mengecam syarikat itu.

"Anda memperuntukkan wang untuk menghidupkan sesuatu yang sengaja memalukan mangsa keganasan rumah tangga dan membuat jenaka mengenainya!!!

"Ini bukan mengenai perasaan saya, kerana saya tidak banyak mengalaminya, tetapi wanita, kanak-kanak dan lelaki mangsa keganasan rumah tangga pada masa lalu dan terutama mereka yang belum meluahkannya, anda mengecewakan kami! Kamu memalukan," katanya.

Sebagai petanda kepada pengarah Rihanna, saham dalam syarikat induknya, Snap Inc, jatuh 3.664 peratus pada hari stabil di Wall Street.

Ia adalah tamparan terbaru yang dipengaruhi selebriti dialami Snapchat, yang peningkatannya dikaitkan dengan budaya pop.

Jurucakap Snapchat berkata, iklan memaparkan Rihanna 'dinilai dan diluluskan secara salah, kerana melanggar garis panduan pengiklanan'.

"Kami segera membuang iklan itu minggu lalu sebaik menyedarinya.

"Kami meminta maaf kerana perkara ini berlaku," kata jurucakap dalam kenyataan. - AFP
Pengaruh Rihanna Jejas Saham Snapchat Pengaruh Rihanna Jejas Saham Snapchat Reviewed by Unknown on March 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.