Seo Services

Daftar Segera Anak Yang Lahir Bagi Tentukan Taraf Kewarganegaraan - Fatimah


Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menegaskan setiap bayi yang baru lahir harus didaftarkan segera meskipun kelahiran tersebut hasil daripada perkahwinan tidak sah mahupun anak luar nikah.

Menurutnya, ia adalah penting kerana ia sebagai penentuan taraf kewarganegaraan kanak-kanak tanpa mengira status kewarganegaraan ibu bapa.

Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Fatimah berkata pada masa kini masih ramai penduduk tempatan tidak memiliki status kewarganegaraan dan kementeriannya telah menerima sebanyak 366 permohonan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 95 permohonan telah diluluskan termasuk lima permohonan baharu diluluskan semalam.

“Hasil daripada kes-kes yang disemak mendapati kebanyakan kes adalah berkaitan isu perkahwinan tidak teratur, kelahiran lambat didaftarkan, pengambilan anak angkat dan pembuangan bayi.” katanya.

Jesteru, dengan adanya pendaftaran kelahiran sekaligus mendapatkan taraf kewarganegaraan, kanak-kanak akan mendapat keistimewaan dan kemudahan yang disediakan kerajaan antaranya mendapat pinjaman buku teks, bantuan pemberian khas persekolahan, pemeriksaan kesihatan, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan sebagainya.-Sarawakiana


Daftar Segera Anak Yang Lahir Bagi Tentukan Taraf Kewarganegaraan - Fatimah Daftar Segera Anak Yang Lahir Bagi Tentukan Taraf Kewarganegaraan - Fatimah Reviewed by Unknown on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.