Seo Services

Lelaki Tanam Kereta Belakang Rumah


BEIJING: Seorang lelaki yang melakukan kesalahan langgar lari, menanam keretanya di belakang rumah untuk menghapuskan bukti selepas diburu pihak berkuasa di bandar Dali, wilayah Shaanxi.

Menurut laporan media China, dalam kejadian Khamis lalu, suspek melarikan diri selepas kereta dipandunya melanggar seorang pejalan kaki dan tiga mangsa berbasikal elektrik hingga cedera.

Susulan kejadian itu, polis berusaha mengesannya menggunakan serpihan bumper kereta yang ditemui di tempat kejadian serta meneliti rakaman CCTV.

Portal berita Cnwest.com melaporkan, polis turut menyebarkan gambar suspek di media sosial dan wakil beberapa kampung.

Suspek yang menyerah diri Ahad lalu, selepas dipujuk bapanya memberitahu dia menanam kereta berkenaan kerana bimbang dipenjara. - Agensi
Lelaki Tanam Kereta Belakang Rumah Lelaki Tanam Kereta Belakang Rumah Reviewed by Unknown on March 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.