Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan disahkan meninggal dunia disyaki dijangkiti difteria di Miri, kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan ke atas kanak-kanak terbabit, beliau dijangkiti difteria kerana tidak mendapat pelalian bagi difteria sejak lahir.
Menurutnya, mangsa mula mengalami gejala demam, batuk, selesema dan kesukaran bernafas selama tujuh hari sebelum disahkan meninggal dunia.
"Siasatan awal mendapati keluarga mangsa enggan mendapatkan pelalian atas dasar kepercayaan agama.” katanya.
Difteria berpunca daripada bakteria 'Corynebacterium diphtheria' yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan dan menjangkiti tekak (tonsil dan farink).
Bakteria tersebut akan menghasilkan toksin menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas.
Toksin dihasilkan bakteria difteria boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis).
Sehubungan itu, KKM menegaskan agar ,ibu bapa dan masyarakat agar memastikan anak-anak mereka yang berusia di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi yang lengkap.-Sarawakiana
Satu Kematian Disebabkan Difteria Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
March 16, 2018
Rating:
No comments: