Seo Services

Sarawak Perlu Bina 11 Jambatan Lengkapkan Lebuh Raya Pesisir


KUCHING: Bagi melengkapkan lebuh raya pesisir Sarawak sepanjang 896 kilometer yang bermula dari Lundu hingga ke Miri, Sarawak perlu membina 11 jambatan kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Beliau berkata jambatan tersebut melibatkan jambatan Batang Sadong, Batang Samarahan, Batang Rambungan, Batang Lupar, Batang Igan, Batang Rajang, Batang Saribas, Sungai Krian, Batang Paroh, Muara Lassa dan Kuala Kemena.

Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, jambatan-jambatan tersebut akan dibina dalam tempoh lima tahun  sehingga 2023 dengan kos RM5 bilion termasuk yang dibiayai kerajaan pusat.

“Daripada 11 jambatan ini, jambatan Batang Sadong telah siap dibina dengan jambatan Batang Samarahan hampir siap, manakala lain-lain jambatan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur dan Pengangkutan berkata, pembangunan jalan pesisir Sarawak adalah fokus utama dalam perancangan tahun ini.

Masing turut memaklumkan, di bawah Bajet 2018 turut merangkumi pembangunan jalan pesisir yang menghubungkan kawasan-kawasan pesisir pantai Sarawak iaitu dari Lundu, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Matu hinggalah Kuala Tatau, Bintulu dan seterusnya ke Miri.

“Cadangan untuk membina semua jambatan di sepanjang jalan pesisir termasuk Jalan Pasi ke Jalan Tanjung Manis, Sibu dan sebuah jambatan di Batang Rajang yang merupakan laluan terputus dijangka siap pada 2023.

“Ini adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk memperkukuhkan perhubungan bagi melonjakkan pembangunan sosioekonomi rakyat di sepanjang kawasan pesisir Sarawak,” katanya.

Katanya, beliau percaya pembangunan jalan pesisir akan memberikan impak tinggi kepada ekonomi penduduk apabila siap nanti. – Sarawakiana
Sarawak Perlu Bina 11 Jambatan Lengkapkan Lebuh Raya Pesisir Sarawak Perlu Bina 11 Jambatan Lengkapkan Lebuh Raya Pesisir Reviewed by uMieySurianie on March 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.