Seo Services

2 Juruterbang Mati Pesawat Bertembung


BERLIN: Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan dipandu mereka bertembung di udara, petang semalam.

Kejadian jam 4.10 petang itu berlaku kira-kira enam kilometer dari Lapangan Terbang Schwabisch Hall, selatan Jerman ketika pesawat berkenaan cuba mendarat.

Jarak penglihatan yang terhalang dikatakan menjadi punca salah seorang juruterbang bertembung dengan pesawat ringan microlight.

Jurucakap polis berkata, pihaknya masih belum mendapat maklumat terperinci namun kedua-dua juruterbang itu menghampiri lapangan terbang berkenaan ketika kejadian terbabit.

“Tidak ada apa yang boleh saya katakan lagi,” katanya.-Daily Mail
2 Juruterbang Mati Pesawat Bertembung 2 Juruterbang Mati Pesawat Bertembung Reviewed by Unknown on April 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.