Seo Services

AirAsia X taja pelajar ke program bakat global di Melbourne


KUALA LUMPUR: AirAsia X (AAX) menaja sekumpulan pelajar Malaysia yang terlibat dalam menganjurkan program bakat global, 'Australia Cultural and Technology Exchange 2018 (ACUTE18), di Melbourne University, Australia bermula 3 hingga 7 April.

Ketua Pemasaran AAX Malaysia Jurvena Lee menghantar 42 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diiringi oleh Timbalan Naib Canselor universiti, Profesor Durrishah Idrus pada pagi 3 April.

"ACUTE 2018, program kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar UTM dan Majlis Pelajar Malaysia Australia (MASCA) di Victoria, Australia, Badan Hal Ehwal dan Pembangunan Islam (EHSAN) di Melbourne, dan Konsulat Jeneral Malaysia di sana, diadakan untuk mempromosikan budaya Malaysia kepada Australia.

"Ia juga menampilkan inovasi terkini pelajar UTM, sistem pembinaan batu bata yang jimat kos, cepat dan tahan lama yang telah digunakan untuk membina rumah komuniti di Tawau, Sarawak," kata AAX.- BERNAMA
AirAsia X taja pelajar ke program bakat global di Melbourne AirAsia X taja pelajar ke program bakat global di Melbourne Reviewed by uMieySurianie on April 06, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.