Seo Services

Pantai Penuh Najis, Duterte Arah Boracay Tutup 6 Bulan


MALU dengan suasana pantai peranginan popular antarabangsanya dipenuhi kumbahan manusia, Filipina terpaksa mengumumkan penutupan Boracay kepada pelancong asing selama enam bulan.

Ia ekoran kebimbangan pihak berkuasa setempat terhadap taman peranginan pasir putih yang dahulunya begitu indah, tetapi kini telah menjadi ‘kolam najis’ akibat pembuangan kotoran tahi manusia yang tidak diurus betul.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sendiri malahan telah mengarahkan penutupan itu bermula 26 April depan, menurut jurucakapnya, Harry Roque lewat semalam menerusi akaun sosial Twitter, tanpa maklumat lanjut.

Keputusan itu memberi ancaman kepada sumber mata pencarian bagi beribu-ribu orang yang bekerja sebagai sebahagian daripada perniagaan pelancongan di pulau berkenaan, kira-kira 315 kilometer dari ibu kota Manila.

Pantai Boracay yang pernah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan popular antarabangsa, menerima lebih dua juta pengunjung setiap tahun dan menjana pendapatan kira-kira 52 bilion peso (RM3.8 bilion) untuk ekonomi Filipina.

Ramai pakar berkata penutupan itu bertentangan dengan dasar pembangunan kerajaan terhadap Boracay, termasuk kelulusan bajet tambahan sebanyak 26 bilion peso (RM1.9 bilion) bagi membina kasino dan taman peranginan baru.

Duterte pernah pada dua bulan lalu mengecam kira-kira 500 buah hotel, restoran dan lain-lain jenis perniagaan, dengan menuduh mereka sengaja buang kumbahan secara terus ke laut dan menjadikannya sebagai ‘kolam najis.’

Para pegawai tempatan memberi amaran bahawa sistem saliran di pulau tersebut telah habis digunakan untuk aktiviti pembuangan najis manusia yang tidak berjaya dirawat dibuang pula ke perairan di sekitar pantar Boracay.

Kementerian alam sekitar Filipina berkata sebanyak 195 premis perniagaan dan lebih daripada 4,000 kediaman pelanggan domestik, tidak mempunyai sambungan sempurna ke saluran pembetungan ditetapkan pemerintah.

Namun sejak Duterte mengecam peniaga tempatan, Filipina memberi kebenaran kepada gergasi kasino Macau Galaxy Entertainment untuk memulakan pembinaan kompleks kasino dan taman peranginan pada tahun depan.

“Projek ini bertentangan dengan semua usaha pembersihan, membawa Boracay balik keadaan asalnya dengan langgar kapasiti ideal,” ujar bekas setiausaha rendah alam sekitar Antonio La Vina. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Pantai Penuh Najis, Duterte Arah Boracay Tutup 6 Bulan Pantai Penuh Najis, Duterte Arah Boracay Tutup 6 Bulan Reviewed by Unknown on April 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.