Seo Services

Persekitaran Sekolah Menarik Mampu Tarik Minat Pelajar


KUCHING: Prasarana dan persekitaran sekolah perlu sentiasa berada dalam keadaan baik dalam usaha menarik minat pelajar terus menuntut ilmu pengetahuan.

Sehubungan itu, Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, usaha berterusan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan fasiliti untuk kebaikan pelajar.

Malah menurutnya, ibu bapa juga memainkan peranan untuk memberi suntikan semangat kepada anak masing-masing supaya rajin datang sekolah.

"Lengkapkan anak-anak kita dengan ilmu bermula dari peringkat sekolah rendah kerana ia menjadi asas bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya universiti," katanya ketika merasmikan Laluan Pejalan Kaki SK Buntal di sini, hari ini.


Mengambil contok SK Buntal, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, sekolah tersebut kini mengalami transformasi melibatkan perubahan fizikal yang lebih moden sekarang.

"Boleh dikatakan sekolah ini kini lengkap dari segi kemudahan. Kekurangan tempat dan kemudahan asas pengajaran juga sudah diatasi walaupun belum secara menyeluruh," ujarnya.

Selain itu, tambahnya, ibu bapa juga perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi meningkatkan pelbagai aspek terutama melibatkan pembangunan dan pendidikan.

"Ibu bapa haruslah menanam semangat untuk menjadi pendorong sepanjang masa kepada anak mereka agar terus berjaya," jelasnya.

Projek laluan pejalan kaki SK Buntal dilaksanakan menerusi projek RTP ADUN Pantai Damai berjumlah RM150,000 sepanjang 200 meter.-Sarawakiana


Persekitaran Sekolah Menarik Mampu Tarik Minat Pelajar Persekitaran Sekolah Menarik Mampu Tarik Minat Pelajar Reviewed by Unknown on April 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.