Seo Services

PRU14: APM Sedia Tambah Anggota



KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia untuk menambah anggota bertugas sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini mengikut keperluan.

Ketua Pesuruhjayanya Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya berkata setakat ini mereka menetapkan seramai 14,000 anggota, yang dibahagikan mengikut 14 negeri di seluruh negara.

"Buat masa ini belum ada permohonan kepada APM untuk membantu menghantar rakyat Malaysia keluar ke pusat mengundi.

"APM juga sudah mengenal pasti tempat yang tidak mempunyai jalan darat terutamanya di Sarawak dan akan membantu operasi sekiranya mereka memerlukan bantuan," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat APM, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah membuat persediaan menghadapi PRU14 sejak dua bulan lepas dengan menubuhkan pasukan khas untuk bersiap sedia memberikan bantuan dari segi kemanusiaan dan perubatan terutamanya di tujuh lokasi panas di seluruh negara.

Terdahulu, Azmy memakaikan pingat kepada 70 anggotanya sebagai motivasi kepada individu yang memberi sumbangan kepada APM.- BERNAMA
PRU14: APM Sedia Tambah Anggota PRU14: APM Sedia Tambah Anggota Reviewed by uMieySurianie on April 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.