Seo Services

Restoran Cabar Pelanggan Habiskan Burger Tarantula


DURHAM: Tidak pernah dilakukan oleh pengusaha restoran, menghidangkan haiwan yang digeruni manusia sebagai burger, namun ia ternyata berlaku di North Carolina, Amerika Syarikat.

Restoran yang terletak di Durham, North Carolina itu menawarkan burger yang mampu membuatkan mereka yang mengalami araknofobia (ketakutan terhadap labah-labah) untuk menjerit.

Restoran Bull City Burger and Brewery menyediakan 'burger tarantula' kepada para pelanggannya.

Hidangan itu ditawarkan sempena Bulan Daging Eksotik, tapi satu-satunya cara untuk menikmati burger itu adalah dengan memenangi Cabaran Tarantula.

Kos menghasilkan burger eksotik itu adalah AS$30 (RM116) dan mengandungi daging lembu, keju, tarantula panggang dan sos cili pedas.

Mereka yang mampu habiskan keseluruhan burger akan diberikan sepasang t-shirt percuma. - ABC News/mStar
Restoran Cabar Pelanggan Habiskan Burger Tarantula Restoran Cabar Pelanggan Habiskan Burger Tarantula Reviewed by uMieySurianie on April 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.